Masjid ini bagaikan taman dalam syurga

0
254

MASJID yang dibina pada zaman pemerintahan khalifah Uthmaniyah pada tahun 1910 ini terletak di kawasan Kırşehir, Turki.

Nama Sultan Abdulhamid II Khan telah dijadikan nama rasmi bagi masjid tersebut. Namun selepas peredaran zaman, masjid ini pernah terbiar sebelum diperbaiki semula menjadi masjid baharu di atas tapak yang sama.

Uniknya adalah hiasan dalaman masjid tersebut yang amat menarik. Motif rekaan artistik masjid tersebut dilukis oleh arkitek dari Azerbaijan yang menerapkan mural-mural yang menggambarkan keindahan taman syurga..

“Ketika saya dilantik menjadi imam masjid ini, saya cuba untuk menyelami lembaran sejarah tentang masjid ini. Saya difahamkan bahawa projek masjid ini diinspirasikan daripada ayat 22 surah al-Baqarah,” Jelas Sefa Ekinci, menerusi kenyataan yang dipetik daripada Ilmfeed.

Masjid tersebut difahamkan mampu menampung lebih ramai jemaah berbanding saiz asalnya ekoran pertambahan komuniti Islam.

SUMBER: ILMFEED

KONGSI
Artikel sebelumnyaAaron Carter mengakui dirinya biseksual
Artikel seterusnyaCamel spider labah-labah kacukan kala jengking
I am common boy with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name soon will be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul and to me this has always been enough.

TINGGALKAN RESPONS