SEKITAR puluhan tahun dahulu, pada tengah malam 3 Mac 1946, berlakunya pemberontakan terhadap kerajaan Melayu di Sumatera.
FOTO/GEHEUGEN VAN NADERLAN
Ia terjadi akibat masalah jarak dan perhubungan yang dihadapi Soekarno untuk berhubung dengan sultan-sultan Melayu tentang kesediaan mereka menerima dan menjadi negeri di dalam Republik Indonesia.
FOTO/INDONESIA ZAMAN DOELOE
Sementara itu, pengkhianat bangsa yang juga Timbalan Gabenor Sumatera pro-komunis, telah menghasut penduduk setempat untuk membenci monarki sultan-sultan Melayu.
Beliau turut menyebarkan dakyah dengan mengatakan sultan-sultan Melayu tidak bersedia untuk bersatu di dalam Republik Indonesia dan merupakan tali barut kepada penjajah.
FOTO/WIKIPEDIA
Rata-rata rakyat di negeri-negeri Melayu di Sumatera merupakan kaum pendatang dari tanah Jawa yang bekerja di ladang-ladang dan kebun.
Bahkan ketika itu, pihak Partai Komunis Indonesia (PKI) telah merancang untuk menghapuskan institusi kesultanan Melayu di Sumatera.
Pihak PKI turut menyebarkan dakyah dan menfitnah sultan-sultan Melayu di Sumatera. Menggunakan slogan ‘Kedaulatan Rakyat’ bagi menyemarakkan api kebencian pemberontak terhadap Institusi beraja.
Akhirnya, pada tengah malam 3 Mac 1946, mereka telah menyerbu istana-istana dan merompak. PKI turut membunuh para bangsawan dan kerabat-kerabat raja.
FOTO/MELAYU NUSANTARA
Tragedi paling menyayat hati dan tidak boleh dilupakan adalah apabila dua orang anakanda puteri Sultan Langkat diperkosa di depan mata ayahanda mereka sendiri.
Putera Mahkota pula dilaporkan hilang dan tidak ditemui sehingga ke hari ini. Ramai kerabat yang memiliki nama Tengku, Wan dan para bangsawan dibunuh dengan kejam.
FOTO/MEDAN SATU
Antara yang terbunuh ialah sasterawan terkenal ketika itu, Tengku Amir Hamzah. Akhirnya, istana Tanjung Pura milik Sultan Langkat telah dibakar hangus tanpa kesan.
FOTO/FREDDY ILHAMSYAH
Antara faktor penyebab berlakunya tragedi tersebut adalah peresapan elemen-elemen komunis dalam diri kaum pendatang di Sumatera.
Kekayaan Sultan Langkat yang mempunyai hasil petroleum dan sultan-sultan yang lain kononnya dilihat sebagai pro-penjajah turut menyemarakkan api kebenciaan terhadap sistem monarki di Sumatera.
FOTO/DRIWANCY BERMUSEUM
Kesultanan Melayu yang terlibat dalam tragedi berdarah itu termasuklah Kesultanan Deli, Kesultanan Serdang, Kesultanan Asahan, Kesultanan Panai dan Kesultanan Langkat.
Kini antara kerajaan kesultanan Melayu yang masih wujud hanya bertujuan melestarikan budaya dan tidak memegang sebarang tampuk pemerintahan di bawah Republik Indonesia.
Malaysia dan Brunei merupakan institusi beraja yang masih bertahan dengan kesultanan Kedah menjadi antara monarki tertua di dunia.
Bangsa Melayu perlu mengingat kembali perjanjian Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba yang membuktikan bahawa orang lain tidak mempunyai hak eksklusif untuk bercakap tentang raja-raja Melayu. Hak tersebut merupakan hak mutlak antara raja dan orang Melayu sahaja.
Peristiwa perjanjian Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba merupakan akujanji kesetian bangsa Melayu terhadap raja-raja Melayu selagi bintang di langit dan selagi raja-raja tidak berlaku zalim terhadap bangsa Melayu.