Suriani Abdullah pejuang Komunis wanita

0
213

KETIKA era pasca merdeka, telah lahir pelbagai organisasi atau pertubuhan yang dikendalikan oleh tokoh-tokoh Melayu. Aspirasi mereka adalah sama, iaitu untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah British.

Antara organisasi tersebut adalah, Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Wanita Sedar, Angkata Pemuda Insaf dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Ketika itu, semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu telah lahir ketika semboyan kemerdekaan ditiup orang Indonesia yang telah diberikan kemerdekaan oleh fasis Jepun.

Walaupun yang banyak mengetuai merupakan golongan lelaki, namun golongan wanita turut tidak ketinggalan.

Antara tokoh wanita yang terlibat dalam perjuangan radikal berhaluan kiri ialah Suriani Abdullah dan Shamsiah Fakeh.

SURIANI ABDULLAH

Tokoh ini mesra disapa sebagai Ibu Suriani. Lahir pada Januari 1924 dan merupakan anak jati Sitiawan, Perak. Ayah beliau bekerja sebagai kerani di salah sebuah pertubuhan Cina manakala ibunya merupakan seorang suri rumah tangga. Merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik dan merupakan anak perempuan tunggal.

Pendidikan 

Suriani mendapat pendidikan sejak berumur 5 tahun dan kemudian menyambung ke peringkat menengah di Nan Hwa High School, Sitiawan. Oleh kerana Suriani merupakan pelajar pintar, beliau telah melangkau darjah dua kali dan lulus pada usia 7 tahun. Pada tahun 1937, beliau masuk ke kelas biasa dan akhirnya menyambung pelajaran ke sekolah Inggeris dan lulus kelas tujuh.

Penglibatan dalam politik

FOTO / KINI DAN SILAM

Pada tahun 1940, ketika berusia 16 tahun, Suriani telah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli PKM. Beliau telah dihantar ke ladang untuk bekerja dan bergaul bersama buruh-buruh.

Lokasi pertamanya adalah di Taiping diikuti Kampar, Perak. Sekitar awal 1941, Suriani telah memimpin mogok buruh wanita syarikat rokok di Kampar.

Akhirnya, beliau telah ditugaskan untuk mengambil alih tugas seorag kadet wanita yang ditangkap dan meneruskan penerbitan majalah Wanita.

Pada bulan Disember 1941, pihak PKM telah mengatur Suriani untuk berpindah ke Singapura. Ketika sedang menunggu kereta api, Jepun melancarkan serangan bom.

Akhirnya beliau berundur ke kawasan kampung di Chemor. Pada tahun berikutnya, beliau dilantik menjadi Setiausaha Jawatankuasa parti di Ipoh.

Pada 15 Ogos 1945, penjajah Jepun diisytihar kalah tanpa syarat. Setelah itu, Suriani dilantik sebagai wakil PKM untuk pejabat PKM Perak.

Pada 3 September 1945, pihak British datang semula ke Tanah Melayu dan menubuhkan British Military Administration. Beliau juga turut menyandang sebagai wakil PKM dalam BMA.

Tanggal 20 Jun 1948 menyaksikan pengumuman darurat oleh kerajaan penjajah PKM dan semua parti yang memperjuangkan kemerdekaan secara radikal.

FOTO / ALCHETRON

Ini kerana terdapat dakyah-dakyah parti radikal ini yang tidak mempedulikan norma masyarakat Melayu dengan salah satu agenda mereka untuk menubuhkan sebuah republik. Antara slogan mereka adalah “merdeka dengan darah“.

Ia mendorong pihak radikal termasuk Suriani lari ke hutan dan mengangkat senjata. Di sana mereka telah bertempur dengan pihak penjajah.

Ada antara penduduk kampung yang bersimpati dengan mereka telah menghulurkan bantuan dan sebagainya.

Akhirnya mereka berundur sehingga ke selatan Thailand.

Peristiwa penentangan bersenjata terhadap kerajaan penjajah British, jika dapat dilihat, tindakan mereka sebenarnya dapat mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Kerana pada ketika itu, UMNO lebih mengambil pendekatan yang tidak melibatkan pertumpahan darah.

Tindakan UMNO itu lebih digemari British.  Akhirnya, British bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya atas faktor ingin menyekat fahaman sosialis dan kemaraan ideologi komunis.

Suriani Abdullah atau Eng Ming Ching telah meninggal dunia ketika berusia 89 tahun di kediaman beliau di Narathiwat, Thailand.

SUMBER : KINI DAN SILAM 

KONGSI
Artikel sebelumnyaGenting Premium Outlets kini dibuka
Artikel seterusnya“Bunuh diri tindakan pengecut!” – Brian ‘Head’ Welch, gitaris KORN
I am common boy with common thoughts and I've led a common life. There are no monuments dedicated to me and my name soon will be forgotten, but I've loved another with all my heart and soul and to me this has always been enough.

TINGGALKAN RESPONS