8 manfaat limau nipis/kasturi/purut dalam kehidupan seharian

0
1157

LIMAU merupakan sejenis buah-buahan yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Malah, limau yang mengandungi asid, juga merupakan penyeri dan perasa untuk masakan atau minuman. Berikut merupakan petua-petua yang boleh diamalkan berasaskan limau.

1) Merawat batuk

FOTO / WALLS DESK

Ambil perahan limau kasturi dicampurkan dengan kicap dan sedikit garam. Caranya dengan meminum setiap pagi dan malam untuk melegakan batuk.


2) Meredakan demam

FOTO / DIGITAL TRENDS

Ambil kira-kira dua hingga empat genggam daun limau nipis. Jerang air dan rebus sehingga cukup untuk tiga atau empat gelas. Caranya adalah dengan merendam tuala kecil di dalam air rebusan, lantas diperah dan diletakkan di dahi pesakit.

 

3) Alternatif menghilangkan lelah

FOTO / PARENTS MAGAZINE

Untuk mereka yang mempunyai lelah, disarankan untuk mengambil satu sudu madu asli dan dilarutkan bersama lima perahan jus limau kasturi. Petua ini boleh diamalkan pada bila-bila masa walaupun tidak diserang simptom.

 

4) Menguruskan badan

FOTO / JL FIT NUTRITION

Jus limau nipis yang dicampur bersama teh kosong tanpa gula dan diminum setiap hari mampu membuang lemak dan mengembalikan perut yang buncit kembali langsing dan ramping. Untuk kesan yang lebih cepat, sebaiknya air teh campuran jus limau nipis itu diminum ketika suam.

.
5 ) Menghilangkan kelemumur

FOTO / SIHAT SECRET

Kelemumur boleh disingkirkan dengan mencuci rambut menggunakan beberapa helai daun rambutan yang diramas sehingga mengeluarkan lendir.

Sebatian lendir daun rambutan itu boleh dibancuh bersama dua cawan santan dan sebiji perahan ekstrak limau nipis. Ia boleh dilumur pada seluruh kepala dan kemudiannya dibalut menggunakan tuala. Selepas kira-kira 20 minit, bilas rambut seperti biasa. Petua ini boleh diamalkan seminggu sekali.

 

6) Menghilangkan kotoran minyak pada pakaian

FOTO / TODAY.COM

Ambil estrak jus limau kasturi dan tuang ke dalam mangkuk. Campurkan dengan sedikit garam. Caranya adalah dengan menggosokkan campuran tersebut di bahagian pakaian yang terkena minyak. Biarkan selama 5 hingga 10 minit. Setelah kesan minyak hilang, bolehlah dibasuh seperti biasa.

 

7) Mewangikan rambut

FOTO / READERS DIGEST

Ambil beberapa biji limau nipis atau limau purut, potong dan belah dua. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan sekitar 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ini akan mewangikan rambut dan menyegarkan kepala.

 

8) Mengilatkan cermin mata

FOTO / WALLPAPERS

Untuk memastikan cermin mata sentiasa jelas dan tahan lama, boleh cuci dan gosokkan sedikit perahan jus limau pada kaca mata. Setelah selesai, boleh dibilas bersih kemudian dilapkan sehingga kering dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya, cermin lebih berkilat dan jelas.

 

Sumber : Petua Ibu

TINGGALKAN RESPONS