Israel buka semula masjid Al-Aqsa selepas desakan antarabangsa

0
108

PENUTUPAN masjid ketiga paling suci kepada umat Islam, masjid Al-Aqsa oleh Israel merupakan satu pencabulan hak asasi manusia untuk kebebasan beragama di dunia.

Ketika kejadian itu, telah berlaku protes di luar kawasan masjid. Mufti besar Baitulmaqdis, Muhammad Ahmad Hussien turut ditangkap pihak polis Israel.

FOTO / KARIS SAMBAL

Dikhabarkan, mufti berkumpul beramai-ramai untuk mengecam tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa setelah kes insiden penembakan dua anggota polis Israel oleh tiga orang pemuda Palestin.

Namun Israel enggan mengulas dan memaklumkan tempoh Mufti tersebut ditahan.

Menurut kenyataan yang dipetik daripada Harian Metro, Kementerian Luar Malaysia berkata: “Justeru, kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penutupan Masjid Al-Aqsa oleh pihak berkuasa Israel pada 14 Julai lalu.

Tindakan pihak berkuasa Israel menghalang umat Islam untuk beribadat di masjid itu bertentangan dengan undang-undang dan norma antarabangsa.

Tindakan penutupan tersebut adalah kali pertama sejak 1969 dengan tiga orang pemuda Palestin turut ditembak mati oleh anggota polis Israel di pekarangan Haram As-Syariff.

FOTO / EAPPI

Namun setelah mendapat pelbagai kecaman antarabangsa, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan bahawa Masjid Al-Aqsa akan dibuka semula secara berperingkat mulai semalam.

Malah, sejak semalam telah tular video berdurasi 1 minit 43 saat yang memaparkan seorang lelaki melaungkan Azan di depan Masjid Al-Aqsa selepas dibuka semula oleh Israel.

Sumber : Harian Metro dan FMT

TINGGALKAN RESPONS