Empat kelab (peminat) artis berpengaruh di Malaysia

0
386

1) SitiZoners
Kelab peminat paling berpengaruh dan ternama di Malaysia. Manakan tidak, setiap acara melibatkan penyanyi nombor satu negara, , pasti ada ahli-ahli datang menunjukkan sokongan. Lingkungan usia ahli kelab peminat ini dianggarkan sekitar 20-an hingga awal 40-an (mereka yang membesar seiring perkembangan karier Siti dalam industri seni). Pantang ada majlis anugerah, berbondong-bondong mereka hadir membawa kain rentang sebesar-besar alam.

7341250_orig

‘Datang berlindung waktu susah dan senang, tumpang berlindung waktu susah dan senang’ barangkali frasa paling dekat di hati para peminat Siti terutama ahli SitiZoners. Bagaimana mahu bergelar SitiZoners?

Pastikan anda hafal setiap lagu yang pernah dinyanyikan Siti, turutan album berserta tahun keluarannya, sudah menonton semua persembahan siaran langsung Siti di kaca TV, memerangi pengguna akaun YouTube bernama Hijau Kertas, mempertahankan Siti daripada serangan peminat fanatik Regine Velasquez (Filipina) yang tak putus-putus membandingkan kredibiliti Siti dengan artis sendunya, membeli semua produk keluaran Siti (termasuk alat solek SimplySiti walaupun hakikatnya kau seorang lelaki), membeli setiap surat khabar dan majalah yang ada berita tentang Siti (walaupun artikel kecil, bonus poster pin-up majalah Hai dan URTV) dan akhir sekali, Siti tetap nombor satu!

2) Shilalas
Apa yang boleh disimpulkan dengan ahli kelab peminat ini? Fanatik tidak bertempat. perlu belajar daripada SitiZoners bagaimana untuk membezakan profesionalisme dan emosi. Bagaimanapun, tidak dinafikan ahli Shilalas menjadi peneguh semangat Shila Amzah saat dirinya ditimpa pelbagai kontroversi dan drama. Nilai ini semestinya amat ditagih-tagih semua artis kerana peminat adalah tulang belakang kepada kerjaya seseorang anak seni.

maxresdefault (1)

Namun, mungkin majoriti ahlinya masih belasan tahun, remaja awal 20-an yang belum matang sepenuhnya, maka mereka enggan menerima khilaf artis sanjungannya. Adik, kadang-kadang perlu untuk menegur salah idola supaya dia celik dan tidak terus ego serta hanyut. Apa-apa pun, Shilalas mempunyai potensi besar untuk bertahan lama dalam kelompok kelab peminat artis di Malaysia, sekiranya Shila sendiri mampu menjernihkan semula namanya dan mempertahankan pengaruhnya dalam arena seni.

Kriteria menyertai Shilalas? Bijak menggunakan laman sosial terutama Instagram bagi membalas komen-komen negatif haters Shila dan berpengetahuan luas tentang kisah peribadi semua artis di Malaysia agar mudah untuk dijadikan perbandingan bila ada pihak mempersoalkan tindakan Shila. Tiba-tiba teringat seorang Shilalas petik cerita Siti ibarat dia mengenali Siti, akhirnya bila ditegur sendiri Siti, terus diam membisu. Bijak bukan?

3) Aaronators
Selepas populariti Aaron Aziz naik mendadak, maka bersegeralah kakak-kakak kaki cerita cintan bermesyuarat dan berkumpul untuk menubuhkan kelab peminat aktor dari Singapura ini di bawah nama . Kini, ia menjadi antara kelab peminat paling aktif dalam industri dan mereka ini tidak henti-henti melancarkan promosi sokongan terhadap Aaron, terutama apabila drama dan filem Aaron bakal dan sedang ditayangkan di TV/pawagam.

aarontors

Bagaimana anda boleh menjadi seorang Aaronators yang berjaya? Mudah sahaja. Pastikan setiap dialog romantis yang pernah diungkapkan Aaron menusuk jauh ke dalam jiwa anda (wanita sahaja ya), mendengar dan menonton video muzik lagu (SleeQ) semata-mata ia tentang kisah hidup Aaron, borong surat khabar Berita Harian setiap kali Anugerah Bintang Popular (ABP) menjelang, sanggup beli semua novel yang diadaptasi ke filem yang menampilkan Aaron sebagai hero dan sekarang ini sedang angau filem .

4) Ziana Zain 2

Tidak perlu sebatalion peminat. Cukup seorang ini sahaja mewakili seluruh kelab peminat Ziana Zain. Nama sebenarnya ialah Nik Aidi Azhar dan walaupun semua orang cerca dia, ada dia peduli? Jadi anugerah peminat paling setia dalam negara patut diberikan kepada Nik, maaf ya kelab peminat lain.

 

Kredit foto: sitisentral//aaronatorsfc/

TINGGALKAN RESPONS