Magis muzikal Into The Woods

0
48

APA akan terjadi apabila Cinderella, Prince Charming, Jack and the Beanstalk, Little Red Riding Hood, Wolf, Witch dan Rapunzel disatukan bagi membintangi sebuah filem? Hasilnya sungguh menakjubkan dan ia dibuktikan menerusi .

Mula ditayangkan di pawagam hari ini, filem yang mengangkat empat cerita dongeng karya Brothers Grimm ini dipersembahkan dalam format muzikal yang sarat hiburan, humor, pengajaran dan paling penting, menolak klise kebanyakan jangkaan karya berunsur fantasi.

Pembahagian dialog secara muzikal dan pengucapan biasa dipecahkan secukup rasa. Jadi, penonton tidak berasa bosan dan mengantuk mendengar para pendukung watak menyanyi sepanjang durasi 124 minit ia dilayarkan (*batuk, Les Miserables, *batuk lagi).

Naskhah daripada produksi Walt Disney Pictures dan Lucamar Productions ini adalah adaptasi pertamanya dalam bentuk filem. Sebelum ini, Into The Woods telah dipentaskan beberapa kali di panggung teater dengan permulaannya di Broadway, New York, Amerika Syarikat.

Membariskan nama besar sebagai pemain peranan-peranan utamanya, Into The Woods menonjolkan persembahan mantap Meryl Streep (Witch), Anna Kendrick (Cinderella), Chris Pine (Prince Charming), James Corden (Mr. Baker), Emily Blunt (Mrs. Baker), Johnny Depp (Wolf), Daniel Huttlestone (Jack), Lilla Crawford (Little Red Riding Hood) dan Mackenzie Mauzy (Rapunzel).

Into The Woods mengisahkan perjalanan pasangan suami isteri Baker yang perlu menunaikan impian seorang ahli sihir (Witch) demi menghapuskan sumpahan yang dikenakan ke atas keluarganya.

Keinginan menimang cahaya mata mendorong pasangan Baker untuk melunaskan tugas yang dipinta Witch agar mendapatkan empat barangan berharga untuknya. Empat item itu adalah seekor lembu berwarna putih seputih susu, mantel (cape) merah semerah darah, rambut kuning sekuning jagung dan sepatu berona emas setulen emas.

Pengembaraan pasangan ini mempertemukan mereka dengan karakter-karakter klasik yang terdiri daripada Cinderella dan Prince Charming, Jack and the Beanstalk, Little Red Riding Hood dan serigala (Wolf) serta Rapunzel.

Berdasarkan filem ini, Pepatung dapat merungkai beberapa perkara menarik dan ia adalah seperti berikut.

1) Little Red Riding Hood seorang budak perempuan yang kuat makan, degil dan boleh menjerit dengan kuat.

1-itw.jpg-c

2) Cinderella memang boleh bercakap dengan burung.

301-Into-the-Woods

3) Ibu tiri dan dua kakak tiri Cinderella masih tidak cantik.

INTO THE WOODS

4) Meryl Strepp tetap vogue bila ditransformasi kembali sebagai ahli sihir cantik.

32-nodither

5) Rupa-rupanya dua orang putera raja (Prince Charming dan Prince kepada Rapunzel) adalah lelaki narsisistik.

32-nodither (1)

6) Prince Charming juga seorang buaya darat.

64-nodither

7) Kasut Cinderella berwarna emas (bukan sepatu kaca berona putih jernih).

64-nodither (1)

8) Bila anda menjadi isteri curang, balasan terus menimpa (ouchhh).

32-nodither (2)

9) Johnny Depp dan lakonan eksentriknya bagaikan satu orgasma.

32-nodither (3)

10) Dan walaupun anda tidak kacak, berbadan gempal dan hanya seorang penjual roti, anda juga boleh menjadi hero pujaan ramai.

32-nodither (4)

Dialog hebat:
“You’re so nice, you’re not good, you’re not bad, you’re just nice. I’m not good, I’m not nice, I’m just right. I’m the witch, you’re the world,” – Witch

“I was raised to be charming, not sincere,” – Prince Charming

“Your caste was a dream, my father’s house was a mess, but I want something in between,” – Cinderella

“Sometimes people leave you halfway through the woods….but you never be alone,” – Mrs. Baker

  • TAG
  • Featured
  • into the woods
  • ulasan filem into the woods
KONGSI
Artikel sebelumnyaNazim Othman serius dalam bidang nyanyian
Artikel seterusnyaRejim peribadi si tampan Godfrey Gao
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS