Tiga sebab kenapa anda perlu berhenti kencing dalam kolam renang

0
200

PASTI ramai antara kita yang pernah membuang air kecil di dalam kolam renang. Begitupun, tindakan tersebut sebenarnya perlu dielakkan. Selain menjijikkan, ia juga boleh memudaratkan kesihatan.

Menurut kajian yang disiarkan menerusi International Journal of Aquatic Research and Education, seramai 17 peratus individu membuang air kecil di dalam kolam renang.

Jumlah itu bersamaan dengan 1 daripada 5 orang. Ia bermakna, jika anda mandi di kolam seramai 20 orang, potensi untuk mereka membuang air kecil mungkin sebanyak empat orang.

Saintis juga pernah mengambil sampel dari sebuah pangsapuri yang mempunyai kolam renang. Keputusannya menunjukkan terdapat sekitar dua gelen air kencing dari kolam renang tersebut.

Menurut Persatuan Kimia Amerika, sisa organik dari tubuh badan, misalnynya peluh, air kencing, losen dan sebagainya, apabila bercampur dengan air yang dirawat dengan klorin, akan menghasilkan bahan kimia yang berbahaya digelar DBP.

Jika anda tergolong dalam individu yang kerap berenang dan tidak rasa bersalah membuang air kecil di dalam kolam renang, berikut merupakan tiga sebab mengapa anda perlu menghentikan tabiat tersebut.

1 . Mengeluarkan bau yang kurang enak

Little Things

Air kolam yang tercemar dengan air kencing apabila bercampur dengan klorin akan menghasilkan bau yang kurang enak. Bahan kimia yang terbentuk akibat campuran dua cecair tersebut dipanggil trichloramine.

 

2 . Menyebabkan mata menjadi merah dan pedih

Little Things

Selain menyebabkan kolam berbau busuk, trichloramine juga akan menyebabkan mata anda menjadi merah dan pedih selepas mandi di kolam renang. Sekiranya anda menyangka klorin yang membuatkan mata anda pedih, lebih baik anda berhati-hati selepas ini.

 

3 . Masalah lelah / asma

Little Things

Trichloramine juga boleh menyebabkan masalah serius yang berkaitan dengan lelah (semput) atau asma. Jadi, membuang air kecil di dalam kolam renang memang berpotensi untuk menimbulkan masalah kesihatan yang serius kepada orang lain.

Little Things

Bagi menangani masalah-masalah tersebut, mudah sahaja! Hentikan membuang air kecil di dalam kolam renang. Tabiat buruk itu hanya menambahkan lagi kepekatan DBP di dalam kolam.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk membasahkan badan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kolam renang – kerana peningkatan DBP juga datangnya daripada peluh, losen dan sebagainya.

TINGGALKAN RESPONS