Transformasi Pandelela Rinong curi perhatian

0
187

ATLET sukan negara, Pandelela Rinong, 24,  muncul menawan sebagai penghias sampul muka hadapan majalah berbahasa Inggeris, Malaysia Tatler untuk keluaran bulan Ogos.

Pandelela menyarung busana rekaan antarabangsa; Burberry, Fendi, Gucci, Bally, Michael Kors dengan perhiasan aksesori dari Tory Burch dan Corum.

Solekannya pula hasil sentuhan Cat Yong manakala CKay Liow bertanggungjawab untuk tata gaya rambut. Gabungan hebat tersebut berjaya mengubah imej Pandelela untuk kelihatan lebih elegan dan menyerlahkan lagi sisi femininnya.

Ratu sukan terjun negara itu pernah menjadi wanita Malaysia pertama membawa bendera pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London.

FOTO / ASTRO GEMPAK
FOTO / ASTRO GEMPAK
FOTO / ASTRO GEMPAK
FOTO / ASTRO GEMPAK
FOTO / ASTRO GEMPAK

 

SUMBER : ASTRO GEMPAK

TINGGALKAN RESPONS