10 fakta Ludi Lin, ranger hitam kacak dalam Power Rangers

0
300

AKTOR yang menggalas watak Zack Taylor dalam filem baharu Power Rangers (ulasan filem di sini), mula menjadi sebutan.

Bukan sahaja ketampanan wajahnya, malah bakat lakonannya juga menonjol. Jom kenali lelaki ini.

 

1) Bakal berusia 30 tahun November depan

Dalam Power Rangers, Ludi memainkan watak Zack, remaja berusia 17 tahun. Dia dilahirkan pada 11 November 1987 di Fuzhou, China dan merupakan kacukan Cina-Kanada.

 

2) Pernah tinggal di tiga buah negara

Ludi sekeluarga berpindah ke Hong Kong (dari tanah besar China) ketika usianya 4 tahun. Dia kemudiannya dihantar ke sekolah berasrama penuh di Australia. Tahun terakhir sekolah menengah, Ludi berhijrah ke Kanada dan menyambung pengajian dalam bidang Seni Persembahan Teater di Universiti British Columbia.

Minat dalam lakonan turut mendorongnya menyertai kelas filem dan lakonan TV di Los Angeles, Amerika Syarikat. Selain cemerlang dalam ilmu seni, Ludi juga memiliki ijazah sarjana muda dietetik serta melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.Ludi fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Kantonis.

 

3) Mahir dalam seni mempertahankan diri

Sebahagian aksi lasak yang disaksikan penonton dalam Power Rangers, dilakukan sendiri oleh Ludi. Tamat sekolah menengah, Ludi ke Thailand bagi mempelajari Muay Thai. Dia juga mahir dalam jiu-jitsu dan gusti berstandard Olimpik.

A post shared by () on

 

4) Peminat fanatik Power Rangers sejak kecil

Power Rangers adalah satu-satunya rancangan TV bersiri yang membuatkan Ludi sering tergesa-gesa pulang ke rumah selepas habis sesi persekolahan. Dia juga sanggup bangun awal pagi bagi menonton rancangan itu.

 

5) Ranger kuning adalah patung aksi pertama yang dimiliki

Ketika berpindah ke Hong Kong, ibu Ludi memberikannya patung aksi (action figure) bagi memujuknya agar berhenti menangis. Ia merupakan ranger kuning bersama motosikal yang kelihatan seperti unicorn. Patung aksi tersebut sebenarnya mewakili karakter asal adiwira daripada siri Super Sentai.

 

6) Ranger hijau / putih adalah kegemarannya

Ludi meminati ranger hijau / putih berbanding ranger lain kerana kostum karakter tersebut tampak lebih cool dengan pad bahu (shoulder pad). Kini sudah semestinya ranger hitam adalah pilihannya.

 

7) Anak mak

Darah seni Ludi diperoleh daripada ibunya. Ketika kecil, Ludi sering menonton ibunya berlakon dalam pementasan opera klasik. Minatnya terhadap lakonan terbit semenjak itu. Ludi menerima tentangan daripada ibunya ketika menetapkan haluan hidupnya terhadap lakonan. Begitupun kini ibunya lebih terbuka dan menyokong karier Ludi.

 

8) Memiliki tubuh yang tegap dan fleksibel

Sebagai lelaki yang aktif bersukan, memiliki six pack bukanlah hal yang begitu dibanggakan. Ludi lebih teruja mempamerkan aksinya melakukan split kerana ia merupakan kebolehan yang diperoleh selepas berlatih setiap hari selama dua bulan.

A post shared by () on

 

9) Tidak pernah ditinggalkan kekasih

Sepanjang bermain cinta, Ludi tidak pernah sekali ditinggalkan kekasih. Namun, dia bersedia menunggu detik bersejarah itu terjadi.

 

10) Pencinta haiwan

Berdasarkan foto di instagram, Ludi seorang lelaki yang menyayangi haiwan. Dia juga pernah menyelamatkan seekor anak kucing yang ditemui di lot parkir. Anak kucing itu dipelihara Ludi dan dinamakan Ghost.

Oh ya, Ludi juga sukakan pepatung!

TINGGALKAN RESPONS