21 Filem Seram Malaysia Terbaik Sepanjang Zaman

0
21143

MALAYSIA memang sering dilambakkan dengan filem seram. Bagaimanapun majoriti karya yang disogokkan kepada penonton kurang memuaskan. Kebanyakan filem seram tempatan mengulangi formula serupa ataupun lebih menjual nama-nama pelakon popular. Namun masih terdapat naskhah yang boleh dibanggakan. Pepatung ada senarainya.

THN_4891-c

Pemilihan kami tidak berlandaskan tahap keseraman semata-mata mahupun kekerapan penampakan hantu di depan kamera. Penilaian dibuat berdasarkan keaslian dan keunikan jalan cerita, persembahan para pelakon, pengaruh dan impaknya terhadap industri perfileman seram tanah air serta kekuatannya untuk diangkat sebagai filem seram berpengaruh bersifat malar segar.

Filem seram apakah yang menjadi pilihan anda? Tinggalkan cadangan dan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

Sebelum12/21Seterusnya

10) Pontianak (1957)

malay2FOTO: STRAITSTIMES

Filem seram klasik yang menjadi titik tolak terhadap industri perfileman seram tanah air. Keunikan filem ini adalah jalan ceritanya yang sangat berbeza dengan legenda popular pontianak. Dalam filem ini, pontianak bukanlah hantu perempuan yang mati akibat dibunuh ketika hamil.

04-3wajahmm1FOTO: FILEM KLASIK MALAYSIA

Pontianak pada tahun 1957 ini menyaksikan transformasi fizikal seorang wanita bernama Chomel (Datuk Maria Menado) yang membesar sebagai gadis hodoh dan bongkok. Kemudiannya membuat ramuan yang menjadikannya cantik sehingga dapat berkahwin dengan anak penghulu, Othman (Allahyarham M. Amin).

Suatu hari Othman dipatuk ular dan keadaan tersebut memaksa Chomel menghisap keluar racun dan darah di kawasan patukan. Maka berlakulah pelanggaran pantang. Akibat keenakan merasai darah, Chomel menghisap darah Othman sehingga suaminya meninggal dunia. Chomel kemudiannya berubah menjadi pontianak dan mula membunuh untuk mendapatkan darah.

06-pontianakFOTO: FILEM KLASIK MALAYSIA

Naskhah ini juga mengharumkan nama Maria sebagai antara primadona filem Melayu. Dia juga merupakan ratu filem seram tanah air yang pertama. Susulan kejayaan Pontianak, Maria kemudiannya muncul dalam sekuelnya menerusi Dendam Pontianak (1957) dan Sumpah Pontianak (1958).

TINGGALKAN RESPONS