21 Filem Seram Malaysia Terbaik Sepanjang Zaman

0
18860

MALAYSIA memang sering dilambakkan dengan filem seram. Bagaimanapun majoriti karya yang disogokkan kepada penonton kurang memuaskan. Kebanyakan filem seram tempatan mengulangi formula serupa ataupun lebih menjual nama-nama pelakon popular. Namun masih terdapat naskhah yang boleh dibanggakan. Pepatung ada senarainya.

THN_4891-c

Pemilihan kami tidak berlandaskan tahap keseraman semata-mata mahupun kekerapan penampakan hantu di depan kamera. Penilaian dibuat berdasarkan keaslian dan keunikan jalan cerita, persembahan para pelakon, pengaruh dan impaknya terhadap industri perfileman seram tanah air serta kekuatannya untuk diangkat sebagai filem seram berpengaruh bersifat malar segar.

Filem seram apakah yang menjadi pilihan anda? Tinggalkan cadangan dan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

Sebelum2/21Seterusnya

20) Anak (2008)

2247780541_c1127852e2_oFOTO: BUDIEY

Tiga pelakon hebat disatukan dalam sebuah naskhah ini; Erra Fazira, Ida Nerina dan Azizah Mahzan. Anak yang diarahkan Barney Lee dengan lakon layar oleh Michael Ang menyajikan penonton dengan gangguan dan serangan roh janin yang digugurkan Nita (Erra) yang kemudiannya dijadikan Kay (Ida Nerina) medium pemujaan untuk kekal cantik.

Penonjolan hantu (budak kecil) kurang memberi impak kejutan kepada penonton. Bagaimanapun naratif filem ini yang kemas dibantu oleh kecemerlangan mainan watak setiap pendukungnya menjayakan filem ini.

TINGGALKAN RESPONS