DATIN VIVY YUSOF merupakan seorang usahawan yang popular dengan bisnes hijab iaitu Duck Scarves. Selain menjual hijab, beliau juga turut memasarkan kosmetik menerusi jenama Duck Cosmetics dan alat tulis dengan nama Duck Stationary.

Namun, seorang pengguna Twitter dengan akaun bernama baru-baru ini menyatakan pertanyaan secara rawak mengenai alat tulis yang dijual oleh Duck Stationary.

Menurutnya, ada beberapa alat tulis yang dijual secara online menerusi laman web Fashionvalet boleh juga didapati menerusi laman web AliExpress.

Seorang lagi pengguna Twitter, turut bersetuju dengan tweet yang dikemukakan oleh :

Dan paling mengejutkan, seorang pengguna dengan nama menunjukkan bukti Duck Cosmetics (yang turut diusahakan oleh Vivy Yusof) berasal dari China.

Menerusi gambar yang dimuat naik, jelas kelihatan informasi berkenaan lip cream tersebut. Ia dihasilkan oleh LF Beauty di China.

Bagaimanapun, Vivy menafikan alat tulis dan kosmetik yang dijual di FashionValet adalah dibeli secara pukal.

KONGSI
Artikel sebelumnya
Artikel seterusnya
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS