21 Filem Seram Malaysia Terbaik Sepanjang Zaman

0
20533

MALAYSIA memang sering dilambakkan dengan filem seram. Bagaimanapun majoriti karya yang disogokkan kepada penonton kurang memuaskan. Kebanyakan filem seram tempatan mengulangi formula serupa ataupun lebih menjual nama-nama pelakon popular. Namun masih terdapat naskhah yang boleh dibanggakan. Pepatung ada senarainya.

THN_4891-c

Pemilihan kami tidak berlandaskan tahap keseraman semata-mata mahupun kekerapan penampakan hantu di depan kamera. Penilaian dibuat berdasarkan keaslian dan keunikan jalan cerita, persembahan para pelakon, pengaruh dan impaknya terhadap industri perfileman seram tanah air serta kekuatannya untuk diangkat sebagai filem seram berpengaruh bersifat malar segar.

Filem seram apakah yang menjadi pilihan anda? Tinggalkan cadangan dan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

4) Jangan Pandang Belakang (2007)

jangan-pandang-belakangFOTO: WIKIPEDIA

Filem seram arahan Ahmad Idham dengan lakon layar oleh Pierre Andre ini adalah pencetus terhadap lambakan filem seram selepas tahun 2007. Kejayaan (JPB) sehingga memecahkan rekod pecah panggung yang sebelum itu dipegang filem Sembilu (1994) telah menyenaraikan ia sebagai salah satu filem seram tempatan terbaik pernah dikeluarkan.

Selepas hampir sedekad ia ditayangkan, JPB berjaya menjadi filem seram klasik tanah air yang sangat diminati. Menjadikan saka sebagai fokus, JPB yang dilakonkan Pierre Andre, Intan Ladyana, Khatijah Tan dan Ruminah Sidek sememangnya mempunyai formula lengkap untuk karya bergenre seram.

Selingan humor juga diselit dengan bijak bagi menyurutkan debar penonton. Siapa boleh lupa dengan persembahan hebat Ruminah Sidek dalam filem ini. “Ha? Darma opah?” Dialog Ruminah yang menggeletek hati penonton. Belum lagi aksi Ruminah mencangkung di lantai dapur sambil makan dengan gelojoh.

Babak paling mencemaskan semestinya ketika Pierre mendukung neneknya (Ruminah) ke dalam bilik, tetapi sebenarnya neneknya sedang nyenyak tidur di atas katil. JPB memang seram untuk mereka yang sukakan filem yang memunculkan hantu dengan kerap.

TINGGALKAN RESPONS