21 Filem Seram Malaysia Terbaik Sepanjang Zaman

0
20569

MALAYSIA memang sering dilambakkan dengan filem seram. Bagaimanapun majoriti karya yang disogokkan kepada penonton kurang memuaskan. Kebanyakan filem seram tempatan mengulangi formula serupa ataupun lebih menjual nama-nama pelakon popular. Namun masih terdapat naskhah yang boleh dibanggakan. Pepatung ada senarainya.

THN_4891-c

Pemilihan kami tidak berlandaskan tahap keseraman semata-mata mahupun kekerapan penampakan hantu di depan kamera. Penilaian dibuat berdasarkan keaslian dan keunikan jalan cerita, persembahan para pelakon, pengaruh dan impaknya terhadap industri perfileman seram tanah air serta kekuatannya untuk diangkat sebagai filem seram berpengaruh bersifat malar segar.

Filem seram apakah yang menjadi pilihan anda? Tinggalkan cadangan dan pandangan anda di ruangan komen di bawah.

3) Rahsia (1987)

jckq0fd7jvmmrrb5h3x5dblvmzuFOTO: THEMOVIEDB

Sebuah filem klasik dan tidak keterlaluan jika dikatakan tahap keseramannya mengatasi jauh filem-filem seram moden. arahan Othman Hafsham mengisahkan tentang gangguan yang dialami sepasang suami isteri, Prof. Hamdan (Allahyarham Shukery Hashim) dan Ramlah (Noor Kumalasari) selepas kematian anak perempuan mereka, Marina, akibat lemas. Mengeruhkan keadaan apabila gangguan tersebut bermula selepas mereka berpindah ke sebuah banglo lama.

rahsia2

Filem ini digarap kemas tanpa kecelaruan plot yang boleh membingungkan penonton. Elemen seramnya juga diwujudkan daripada efek-efek bunyi seperti suara kanak-kanak dan objek yang bergerak sendiri. Tanpa bayangan mahupun penampakan secara langsung lembaga di depan kamera, Rahsia cukup meremangkan bulu roma sesiapa yang menontonnya.

Ditambah pula dengan kehebatan Noor Kumalasari dalam menjayakan filem bergenre seram, aksinya sememangnya tiada tandingan. Filem ini juga menyaksikan Datuk Yusof Haslam memegang watak antagonis. Kacak sungguh beliau ketika waktu muda, lebih kacak daripada anak-anak lelakinya!

rahsia3

Cuma dari sudut keaslian cerita ia boleh dipertikaikan. Rahsia dikatakan mengadaptasi hampir keseluruhan filem dari Kanada berjudul The Changeling (1979). Begitupun ia boleh dikira sebuah remake yang bagus. Lagipun banyak babak yang membuatkan penonton termimpi-mimpi terutamanya ketika anak patung bermain piano di tengah malam.

TINGGALKAN RESPONS